BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan
kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi
bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang
Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan
dan menuntut pembalasan (balas dendam) ke atas musuh-musuh mereka. Atau
dengan kata lainnya mereka keluar mengosongkan rumah mereka untuk pergi
berperang. Mereka keluar berperang pada bulan Safaar kerana bulan ini adalah
dibebaskan dari berperang. Sejarah Arab jahiliyyah, bulan-bulan tertentu selain
safar adalah bulan yang diharamkan berperang. Setelah kedatangan Islam,
Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan
Safar sehinggalah ke hari ini.
>Dalam bahasa melayu, penggunaan safar lebih merujuk
kepada penyakit atau bala atau perkara-perkara buruk.
Sebagaimana bulan-bulan lain dalam Islam, Bulan safar
adalah bulan-bulan biasa yang tiada bezanya. Dari segi ibadat, amalan-amalan
wajib tetap juga dilakukan, amalan-amalan sunat mendapat pahala yang sama
sepertimana bulan-bulan atau hari yang lain.
Kita sering ditakut-takutkan oleh orang-orang tua, atau
masyarakat sekeliling tentang keburukan dan kegerunan terhadap bulan safar.
Tetapi sebagai seorang Islam, kita perlu berpegang bahawa setiap hari dan bulan
serta tahun adalah sama kecuali atas kehendak Allah swt. Sebagai salah
satu dari bulan Islam yang mesti kita ketahui, dalam bulan ini terdapat banyak
peristiwa-peristiwa penting. Antaranya ialah:
1. Persidangan Darul-Nadwah
adalah persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah diMekah.Ia dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.Ia diketuai oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari perkampungan Najad. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk membunuh Nabi SAW. Ekoran dari persidangan Darul Nadwah ini, Nabi SAW telah diperintahkan oleh Allah swt supaya berhijrah ke Madinah yang menjadi satu fenomena baru dalam sejarah umat Islam.
2. Perkahwinan Nabi dengan
Khadijah
Pada bulan inilah juga diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad
SAW telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid, iaitu isteri baginda
yang pertama.
.
3. Rasullullah saw Mula Sakit –
3. Rasullullah saw Mula Sakit –
Pada bulan Safar inilah juga yang berlaku pada
akhir bulan setelah kembalinya Rasulullah dari mengerjakan Haji
Wida' (haji terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit. Beliau
wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit
yang berat sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.Beliau
telah memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar
beliau dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a & beliau telah wafat
dirumahnya.
4.Berlakunya Perang penting dalam Sejarah Islam
Antara peristiwa-peristiwa penting lain yang
berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah berlakunya banyak peperangan
menentang kaum kufar. Banyaknya peperangan kerana bulan ini adalah bulan yang
dibenarkan berperang. SAntaranya ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun
kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan
Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah)pada tahun keempat Hijrah.
Berlakunya juga perang Khaibar, di mana 4ramai sahabat-sahabat Nabi telah
gugur syahid.
Selepas zaman Rasulullah saw, juga terdapat banyak perang
yang berlaku pada bulan safar, antaranya perang al Mazar yang telah
berlaku pada bulan Safar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan
Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima
perang Parsi dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu
peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan
lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah
diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera
Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan
tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang
panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi
berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan
seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam
yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu,
mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di
akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam
peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang
besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu
ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya.
6. Tragedi al-Rajiah
Selain itu, pada bulan ini juga mencatatkan beberapa kejadian malang atau tragedi terhadap orang-orang Islam di zaman Rasulullah saw. Antaranya ialah tragedi al-Raji, iaitu Peristiwa yang berlaku pada tahun ketiga atau keempat hijrah yang membabitkan tujuh sahabat Baginda yang diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum ˜Udal dan al-Qarah.. Bagaimanapun, mereka mengkhianati perutusan itu dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama al-Rajiah, iaitu di daerah ˜Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah). Antara sahabat menyertai perutusan itu adalah Khubaib bin Adi, Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawiy, Asim bin Thabit dan Zaid bin al-Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudian menjadi ikutan sunnah.
7. Kematian Salahuddin al Ayyubi
Selain itu, Bulan Sofar turut memahat
peristiwa tentang kematian panglima Islam Solehudin al-Ayyubi yang terkenal
dengan jasanya yang begitu besar dalam membebaskan masjid al-Aqsa, Baitul
Maqdis daripada cengkaman Empayar Rom. Keimanan yang tinggi kepada Allah dan
rasulNya serta keyakinan dengan janji Allah bahawa Masjid al-Aqsa bakal
dibebaskan daripada cengkaman kesesatan dan kezaliman telah menyemarakkan lagi
semangat Solahuddin al-Ayyubi bersama tentera Islam untuk terus berjuang dalam
membebaskan Baitul Maqdis. Solahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan anak
kelahiran Tikrik, Iraq yang juga tempat lahir Saddam Husein telah melakukan
pelbagai perancangan dalam menawan semula Baitul Maqdis milik umat Islam. Kekalahan
pemimpin dan tentera Islam sebelum ini tidak pernah melunturkan semangat jihad
beliau dalam memperjuangkan Islam dan membebaskan Baitul Maqdis. Selain membina
kubu hampir di kesemua negara keliling Baitul Maqdis, beliau turut
menggulingkan raja-raja yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada
memperjuangkan Islam. Ketika hampir berjaya menawan Baitul Maqdis setelah
banyak kali dipatahkan oleh tentera Rom maka Solahuddin al-Ayyubi telah
memeriksa setiap khemah tenteranya dan didapati ramai dikalangan tenteranya
sedang solat tahajjud dan membaca al-Quran serta sedikit daripada mereka yang
tidur. Lalu keesokan harinya beliau telah mengarahkan agar tenteranya yang
tidur supaya tidak turut serta dalam serangan kerana hanya tentera yang
sentiasa dekat dengan Allah sahaja yang diperlukan dalam mengalahkan musuh.
Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan yang gemilang yang terus dikenang
sehingga hari ini setelah segala syarat kemenangan telah dipenuhi dengan penuh
keikhlasan kepada Allah.
8. Kejatuhan
Bani Abbasiah di Baghdad
Antara peristiwa yang juga boleh dikatakan malang dalam
sejarah Islam ialah jatuhnya kota Baghdad di bawah pimpinan kerajaan abbasiah
sewaktu pemerintahan Khalifah Mu’tasim Billah. Bagionda dan seluruh keluarganya
serta ratusan ribu orang Islam telah dibunuh oleh orang Tartar yang menyeraang
kota Baghdad
BULAN Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan
kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi
bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang
Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan
dan menuntut pembalasan (balas dendam) ke atas musuh-musuh mereka. Atau
dengan kata lainnya mereka keluar mengosongkan rumah mereka untuk pergi
berperang. Mereka keluar berperang pada bulan Safaar kerana bulan ini adalah
dibebaskan dari berperang. Sejarah Arab jahiliyyah, bulan-bulan tertentu selain
safar adalah bulan yang diharamkan berperang. Setelah kedatangan Islam,
Rasullullah mengekalkan nama bulan ini dengan nama bulan
Safar sehinggalah ke hari ini.
>Dalam bahasa melayu, penggunaan safar lebih merujuk
kepada penyakit atau bala atau perkara-perkara buruk.
Sebagaimana bulan-bulan lain dalam Islam, Bulan safar
adalah bulan-bulan biasa yang tiada bezanya. Dari segi ibadat, amalan-amalan
wajib tetap juga dilakukan, amalan-amalan sunat mendapat pahala yang sama
sepertimana bulan-bulan atau hari yang lain.
Kita sering ditakut-takutkan oleh orang-orang tua, atau
masyarakat sekeliling tentang keburukan dan kegerunan terhadap bulan safar.
Tetapi sebagai seorang Islam, kita perlu berpegang bahawa setiap hari dan bulan
serta tahun adalah sama kecuali atas kehendak Allah swt. Sebagai salah
satu dari bulan Islam yang mesti kita ketahui, dalam bulan ini terdapat banyak
peristiwa-peristiwa penting. Antaranya ialah:
1. Persidangan Darul-Nadwah
adalah persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyrikin Jahiliah yang terdiri dari berbagai-bagai kabilah diMekah.Ia dianjurkan khas untuk menyekat, menekan dan melumpuhkan terus pengaruh dan dakwah Rasullullah saw.Ia diketuai oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh Iblis yang menyamar sebagai seorang tua dari perkampungan Najad. Persidangan ini telah mengambil keputusan untuk membunuh Nabi SAW. Ekoran dari persidangan Darul Nadwah ini, Nabi SAW telah diperintahkan oleh Allah swt supaya berhijrah ke Madinah yang menjadi satu fenomena baru dalam sejarah umat Islam.
2. Perkahwinan Nabi dengan Khadijah
Pada bulan inilah juga diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad
SAW telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid, iaitu isteri baginda
yang pertama.
.
3. Rasullullah saw Mula Sakit –
3. Rasullullah saw Mula Sakit –
Pada bulan Safar inilah juga yang berlaku pada akhir
bulan setelah kembalinya Rasulullah dari mengerjakan Haji Wida' (haji
terakhir Rasullullah saw) beliau mula ditimpa sakit. Beliau wafat pada 12
Rabi'ul Awwal tahun 11 Hijriah. Rasullullah mula merasai sakit yang berat
sewaktu beliau di rumah isterinya Saidatina Maimunah r.a.Beliau telah
memanggil kesemua isteri-isterinya yang lain untuk meminta izin agar beliau
dibenarkan diam di rumah Saidatina Aisyah r.a & beliau telah wafat
dirumahnya.
4.Berlakunya Perang penting dalam Sejarah Islam
Antara peristiwa-peristiwa penting lain yang
berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah berlakunya banyak peperangan
menentang kaum kufar. Banyaknya peperangan kerana bulan ini adalah bulan yang
dibenarkan berperang. SAntaranya ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun
kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan
Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah)pada tahun keempat Hijrah.
Berlakunya juga perang Khaibar, di mana 4ramai sahabat-sahabat Nabi telah
gugur syahid.
Selepas zaman Rasulullah saw, juga terdapat banyak perang
yang berlaku pada bulan safar, antaranya perang al Mazar yang telah
berlaku pada bulan Safar tahun 12 Hijrah. Ia meletus akibat daripada peperangan
Zat As-Salasil yang berlaku sebelum itu yang menyebabkan terbunuhnya panglima
perang Parsi dianggap tidak memadai untuk mengecewakan maharaja Parsi, lalu
peperangan Al-Mazar dicetuskan sebagai peperangan tambahan dalam melemahkan
lagi kekuatan tentera Parsi. Sayyidina Khalid bin Al-Walid r.a telah telah
diberi tanggungjawab yang besar iaitu memikul amanah sebagai panglima tentera
Islam di mana tentera Islam di bawah pimpinannya ini telah bertempur dengan
tentera Parsi yang mempunyai bilangan yang ramai dan dipimpin oleh seorang
panglima yang bergelar Qorin. Di dalam peperangan Al-Mazar ini tentera Parsi
berjaya dikalahkan oleh tentera Islam, malah Parsi terpaksa mengorbankan
seramai 30,000 tentera. Belum lagi keletihan yang di alami oleh tentera Islam
yang dipimpin oleh Khalid bin Al-Walid hilang di dalam peperangan Al-Mazar itu,
mereka telah memasuki satu peperangan lain melawan tentera Parsi yang besar di
akhir bulan Safar yang dikenali sebagai peperangan Alis. Di dalam
peperangan Alis ini sekali lagi tentera Parsi terpaksa mengalami kerugian yang
besar walaupun mereka membekalkan dengan kekuatan ketenteraan yang begitu
ramai, di mana Parsi terpaksa mengorbankan sejumlah 70,000 tenteranya.
6. Tragedi al-Rajiah
Selain itu, pada bulan ini juga mencatatkan beberapa kejadian malang atau tragedi terhadap orang-orang Islam di zaman Rasulullah saw. Antaranya ialah tragedi al-Raji, iaitu Peristiwa yang berlaku pada tahun ketiga atau keempat hijrah yang membabitkan tujuh sahabat Baginda yang diutus bagi mengajar agama Islam kepada kaum ˜Udal dan al-Qarah.. Bagaimanapun, mereka mengkhianati perutusan itu dengan melakukan serangan hendap di sebuah tempat persinggahan bernama al-Rajiah, iaitu di daerah ˜Usfan (kawasan antara Makkah dan Madinah). Antara sahabat menyertai perutusan itu adalah Khubaib bin Adi, Marthad bin Abi Marthad al-Ghanawiy, Asim bin Thabit dan Zaid bin al-Dathanah. Semua sahabat dibunuh di tempat serangan kecuali Khubaib bin Adi yang dibawa ke Makkah dan dibunuh di sana. Beliau adalah orang yang pertama menunaikan solat dua rakaat sunat sebelum dibunuh yang kemudian menjadi ikutan sunnah.
7. Kematian Salahuddin al Ayyubi
Selain itu, Bulan Sofar turut memahat
peristiwa tentang kematian panglima Islam Solehudin al-Ayyubi yang terkenal
dengan jasanya yang begitu besar dalam membebaskan masjid al-Aqsa, Baitul
Maqdis daripada cengkaman Empayar Rom. Keimanan yang tinggi kepada Allah dan
rasulNya serta keyakinan dengan janji Allah bahawa Masjid al-Aqsa bakal
dibebaskan daripada cengkaman kesesatan dan kezaliman telah menyemarakkan lagi
semangat Solahuddin al-Ayyubi bersama tentera Islam untuk terus berjuang dalam
membebaskan Baitul Maqdis. Solahuddin al-Ayyubi yang berbangsa Kurdi dan anak
kelahiran Tikrik, Iraq yang juga tempat lahir Saddam Husein telah melakukan
pelbagai perancangan dalam menawan semula Baitul Maqdis milik umat Islam.
Kekalahan pemimpin dan tentera Islam sebelum ini tidak pernah melunturkan
semangat jihad beliau dalam memperjuangkan Islam dan membebaskan Baitul Maqdis.
Selain membina kubu hampir di kesemua negara keliling Baitul Maqdis, beliau
turut menggulingkan raja-raja yang lebih mementingkan kepentingan diri daripada
memperjuangkan Islam. Ketika hampir berjaya menawan Baitul Maqdis setelah
banyak kali dipatahkan oleh tentera Rom maka Solahuddin al-Ayyubi telah
memeriksa setiap khemah tenteranya dan didapati ramai dikalangan tenteranya
sedang solat tahajjud dan membaca al-Quran serta sedikit daripada mereka yang
tidur. Lalu keesokan harinya beliau telah mengarahkan agar tenteranya yang
tidur supaya tidak turut serta dalam serangan kerana hanya tentera yang
sentiasa dekat dengan Allah sahaja yang diperlukan dalam mengalahkan musuh.
Akhirnya Allah mendatangkan kemenangan yang gemilang yang terus dikenang
sehingga hari ini setelah segala syarat kemenangan telah dipenuhi dengan penuh
keikhlasan kepada Allah.
8.
Kejatuhan Bani Abbasiah di Baghdad
Antara peristiwa yang juga boleh dikatakan malang dalam
sejarah Islam ialah jatuhnya kota Baghdad di bawah pimpinan kerajaan abbasiah
sewaktu pemerintahan Khalifah Mu’tasim Billah. Bagionda dan seluruh keluarganya
serta ratusan ribu orang Islam telah dibunuh oleh orang Tartar yang menyeraang
kota Baghdad
0 komentar:
Posting Komentar